Saturday, December 25, 2010

Ajaibnya Puasa

  Soal haram,sunat,makruh dan wajibnya puasa kita mungkin dah lama faham. Yang tak berapa faham ialah tentang faktor psikologi,faktor motivasi dan faktor sains.
  Pada tahun 1984,Dr. Soliman dari Universiti Hospital di Amman,Jordan telah melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan.Darah mereka diperiksa untuk mengenal pasti kadar cortisol,testoterene,sodium,potassium,urea,glucose,cholestrol dan asid lemak.Pada ketika yang sama,berat badan mereka ditimbang di awal dan akhir Ramadan.
  Di universiti Sains Perubatan Tehran pula,Dr.Azizi membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa pada bulan Ramadan.Pemeriksaan darah dilakukan untuk mengukur kadar glucose,bilirubin,calcium,phosporus,albumin,follicle stimulating hormone,testosterone,prolacitin,thyroid,stimulating hormone,lutenising hormone,thyroxine-4 dan thyroxine-3 dalam tempoh yang sama.
 Ujian oleh dua orang pakar perubatan ini menunjukkan bahawa puasa menurunkan paras gula di dalam darah ke tahap yang rendah.Tetapi peliknya,ajaibnya tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan.Malah hasil kajian itu menunjukkan bahawa puasa pada bulan Ramadan dan sebaliknya memberi kesan yang baik pada metabolisme badan sekali gus mencegah serangan pelbagai jenis penyakit, terutamanya yang berkaitan dengan lebihan gula dan lemak.
  Sebenarnya,tentang kebaikan puasa kita tak dapat nafi lagi.Sejak dulu sampai sekarang memang kita akan jumpa hujah-hujah yang mengatakan bahawa puasa adalah penuh dengan kebaikan.
  Bukan saintis dan ahli perubatan islam sahaja, yang membuat rumusan macam tu, saintis dan ahli perubatan bukan islam pun sama.
  Nak buat macam mana,ibadah ini datangnya dari langit. Oleh PENCIPTA.Kita nak pertikaikan macam mana?Dah perintah berpuasa datangnya dari TUHAN sendiri.
  Macam kita bawa kereta ke bengkel.Mekanik kata kena tukar itu ini, kita ikut sebab kita percaya mekanik tahu tentang penyakit kereta kita. Padahal waktu tu duit bukan ada sangat.Kalau ada pun cukup-cukup samapi hujung bulan.Kita pun terpaksa tukar jugak.Apabila kita tukar, barulah kreta tu ok.Selesai masalah.Tamsilnya,puasa pun gitu.
   " Berpuasalah anda sebelum anda dipuasakan". 

No comments:

Post a Comment