Friday, December 31, 2010

Selepas Kau Pergi

   Apa mahuku sebenarnya??Apa mahuku???Mengapa ku sanggup lukai hati seseorang yang ikhlas menyayangi dan mencintai aku..Mengapa aku kejam sekali....Pernah ke seseorang yg lain buat aku cam tuu...Kenapa????aku buat cam ni...mengapa aku x bersyukur..Ya Allah ampuni aku...Mengapa aku keras untuk menerima seseorang yang benar2 menyayangiku....Mengapa aku terlau taksub dengan cinta itu cuma permainan..Sehinggakan aku langsung tidak percaya pada cinta yang sebenar...Kenapa aku cam ni..Kenapa aku terlalu ego...Aku ego....Sebenarnya hati aku juga mencintainyakan,kenapa aku berdegil aku tetap ego...kenapa sikapku begini Ya Allah...Aku kejam,aku langsung x hargai pemberian suci tulus dari hati....hanya kerana semata-mata aku terpengaruh wanita mudah ditipu oleh sang lelaki,tapi untuk kali ini bukanlah satu penipuan tapi yang sebenarnya...Aku takut untuk membilang cinta kepadamu kerana aku rasa pada pandangan parents aku bercinta adalah salah..dan sebab itu aku terpaksa mengatakan aku tidak bisa menerima cinta hanya kerana undang2 keluargaku..terutamanya ayah..aku rasa cinta itu..cukup indah bila dicintai dan disayangi...tapi akan daya segala perasaan dan hidupku hanyalah bergantung kepada keputusan ayah...ayah sangat marah bila adikku bercinta dgn seseorang,maka itu aku takut untuk menerima cinta dan ku sanggup mengatakan pintu hatiku tertutup untuk menerima cinta walhal hatiku bisa menerimanya..cuma kerana aku takutkan undang2 keluarga dan aku tidak mahu mengkhianatinya,aku terpaksa gadaikan kebahagiaanku semata-mata untuk mereka...Ya Allah kau ampunilah segala dosa yang ku lakukan,tunjukkanlah apa yang perlu aku lakukan..Aku x dapat menafikan semenjak kehadirannya hidupku terasa indah sekali,dan di saat indah itu lantas aku terfikir bercinta dalm undang2 keluargaku adalah salah...Mahu tidak mahu aku terpaksa melepaskannya,bak kata darinya aku buangnya..Rasa pedih ku rasa bila perkataan  itu terpacul dari dirinya..Luka di hatinya,hanya tuhan saja yang tahu...Aku salah,aku kejam,x sepatutnya aku memperlakukan kepada seseorang yang tersandar hati dan perasannya terhadapku....andai takdir menemukan aku dan dia semula saat aku terlepas daripada undang2 keluargaku,pasti aku akan menerimanya seadanya kerana aku tidak mahu melukakan hati seseorang yang tulus ikhlas mencintaiku dan menyayangiku....Insyaallah.....

Selepas kau pergi


Selepas kau pergi,
tinggallah disini kusendiri
Ku merasakan sesuatu,
yang t’lah hilang di dalam hidupku
Dalam lubuk hatimu,
ku yakin kau pun sebenarnya tak
inginkan lepas dariku,
tahukah kau kini ku terluka
[Reff]
Bantu aku, membencimu,
ku terlalu, mencintaimu,
dirimu begitu,
berarti untukku..
Kau telah mencinta,
dan dicintai kekasihmu,
ini tak adil bagiku,
hilanglah damba tinggallah hampa
[Reff]
[Interlude]
[Reff]
Lupakan ku, dalam tidurmu,
yang pernah, mencintaimu
kau memang tercipta,
bukanlah untukku


Saturday, December 25, 2010

Muzik Jiwaku

  Aku memang fanatik betul dengan muzik...Boleh kata tanpa muzik jiwaku mati..Tiap2 hari aku mesti dengar lagu..Tak pun aku main alat muzik yang ada kat rumah tuu..Aku teringin sangat nak belajar muzik lebih detail lagi...kat rumah aku cuma ada 2 je alat muzik piano dengan gitar je...tu lah alat yang aku main tiap2 hari..Syukur ke hadrat Illahi sebab berikan aku keistimewaan dalam bidang muzik..Aku boleh mainkan lagu tu tanpa belajar pun..Tapi klau aku belajar mesti lagi gempak..Bestnyer!!!Muzik selalu menghiburkan hatiku, boleh kata merembeskan homon kegembiraan...Setiap kali aku rasa sedih aku akan main piano.Ianya memberikanku seribu ketenangan..

Makanan kegemaranku

  Bila sebut je pasal makanan yang aku suka ni bukanlah makanan tiap2 hari aku melantak benda tu...Sekali-sekala je sebab makanan yang aku suka ni kalau makan banyak2 boleh bawa penyakit yang menjejaskan kesihatan..ianya adalah coklat Ferrerorosher....Best gler coklat ni...Berikan aku rasa nikmat yang tak terhingga..Teruja sangat bila aku makan coklat ni...Tapi coklat ni aku x selalu makan ar sebab dia manis sangat..mkan selalu alamat kena penyakit kencing manis lak...woohoo bahaya woo...makan coklat ni sekali-sekala...peh memang marvellous ar...




Ajaibnya Puasa

  Soal haram,sunat,makruh dan wajibnya puasa kita mungkin dah lama faham. Yang tak berapa faham ialah tentang faktor psikologi,faktor motivasi dan faktor sains.
  Pada tahun 1984,Dr. Soliman dari Universiti Hospital di Amman,Jordan telah melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan.Darah mereka diperiksa untuk mengenal pasti kadar cortisol,testoterene,sodium,potassium,urea,glucose,cholestrol dan asid lemak.Pada ketika yang sama,berat badan mereka ditimbang di awal dan akhir Ramadan.
  Di universiti Sains Perubatan Tehran pula,Dr.Azizi membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa pada bulan Ramadan.Pemeriksaan darah dilakukan untuk mengukur kadar glucose,bilirubin,calcium,phosporus,albumin,follicle stimulating hormone,testosterone,prolacitin,thyroid,stimulating hormone,lutenising hormone,thyroxine-4 dan thyroxine-3 dalam tempoh yang sama.
 Ujian oleh dua orang pakar perubatan ini menunjukkan bahawa puasa menurunkan paras gula di dalam darah ke tahap yang rendah.Tetapi peliknya,ajaibnya tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan.Malah hasil kajian itu menunjukkan bahawa puasa pada bulan Ramadan dan sebaliknya memberi kesan yang baik pada metabolisme badan sekali gus mencegah serangan pelbagai jenis penyakit, terutamanya yang berkaitan dengan lebihan gula dan lemak.
  Sebenarnya,tentang kebaikan puasa kita tak dapat nafi lagi.Sejak dulu sampai sekarang memang kita akan jumpa hujah-hujah yang mengatakan bahawa puasa adalah penuh dengan kebaikan.
  Bukan saintis dan ahli perubatan islam sahaja, yang membuat rumusan macam tu, saintis dan ahli perubatan bukan islam pun sama.
  Nak buat macam mana,ibadah ini datangnya dari langit. Oleh PENCIPTA.Kita nak pertikaikan macam mana?Dah perintah berpuasa datangnya dari TUHAN sendiri.
  Macam kita bawa kereta ke bengkel.Mekanik kata kena tukar itu ini, kita ikut sebab kita percaya mekanik tahu tentang penyakit kereta kita. Padahal waktu tu duit bukan ada sangat.Kalau ada pun cukup-cukup samapi hujung bulan.Kita pun terpaksa tukar jugak.Apabila kita tukar, barulah kreta tu ok.Selesai masalah.Tamsilnya,puasa pun gitu.
   " Berpuasalah anda sebelum anda dipuasakan". 

Finding Job

Buntunya aku x tau aku nak cari kerja ape yang sesuai untuk aku.Kerja yang tidak perlu umi nak hantar pergi balik.Pendek kata x nak susahkan umi ar..Da la bila waktu sekolah asyik umi je yang kene ambil aku pergi balik sebab kat sekolah aku selalu balik lambat sebab aku dengan member selalu wat study group..xkan sampai la ni aku nak susahkan umi lak..em..ambil lesen kereta lama lagi lak..apa pun aku tetap nak ambil lesen kereta supaya aku x la menyusahkan orang lain..Aku nak berdikari.x perlu mengharapkan sesiapa pun.bak kata pepatah pun brdiri di atas kaki sendiri la...Baru la bagus..Baru la kata insan yang cemerlang gemilang...hahahaha...betul la tu kan....harap2 dapat la kerja yang sesuai dengan aku...dengar2 umi kata kat merlimau tu  yang sebelah farmasi ada jawatan kosong pasal kerja komputer.Aku memang suka sangat mengadap komputer ni...Dari dulu lagi kot aku memang cam ni.Sejak daripada sekolah rendah dulu,kerja2 folio x pernah aku tulis tangan semua aku taip sendiri dalam komputer then print.Baru la nampak kemas...Memang aku selalu nak kerja yang kemas sahaja..Ya Allah harap ada lah peluang aku kerja kat situ.Kalau x pun kerja kat farmasi ke..lagipun bila aku nak sambung belajar nanti aku nak ambil jurusan farmaseutikal.Cita2 aku sebenarnya nak jadi doktor,tapi nampaknya terkubur la coz aku x ambil subjek Biologi..Yang aku ambil subjek lukisan kejuruteraan..kelakarnya..padahal subjek tu subjek yang paling aku benci..em..x pe la..yang penting aku dah study harap2 lulus la subjek aku tu nanti.Penat Bedul,Fariha ajar aku.Terima kasih sahabatku sayang.Agaknya tanpa diaorang memang terlongkop la jawabnya..hahaha...




Suntikan Cinta

"ah!!! indah rasanya"....aku dah terkena suntikan darimu...Setiap patah perkataanmu sungguh menusuk kalbuku...Rasa debar di dada tidak dapat ku tahan saat kata-kata manismu melanda hatiku...Inilah saat-saat manis yang tidak pernah ku alami..Kini ku mengerti erti cinta itu buta..
Walaupun ku rasa suntikan itu amat berharga buatku,tapi aku tidak mampu membalasnya...Terima kasih Ya Allah kerana memberikanku rasa nikmatnya cinta...Nikmatnya macam coklat dan strawberi...Apapun aku kena berjaga-jaga..Biarpun manis pasti ada kekurangannya...Aku mesti berjaga-jaga...Tapi aku tak boleh lupa saat manis ini.....Apapun aku sayang dia sebagai temanku....Biarpun ada perselisihan faham antara kita sebab aku menyayanginya kerana Allah...Sayang Allah..Sayang kamu....



Friday, December 24, 2010

Maafkanku sayang

 Kepada si dia jutaan terima kasih kerana sedia menerima ku apa seadanya...Maafkan aku andai aku tidak bisa membalas cintamu..Sentuhan cintamu cukup menghangatkan hatiku....Tapi di ketika ini aku masih muda untuk membalas cintamu.Sepertinya adakah aku mampu....Biarlah kita hanya kekal hanya sebagai sahabat yang sejati.Saling membantu antara satu sama lain..Sesungguhnya aku tidak layak menerima cinta darimu kerana cintamu terlalu tinggi buatku.Dan aku juga bukan untukmu.Maafkan ku juga jika kata-kata yang kuungkapkan mengguris hatimu.Bukan niatku untuk memperlakukan kamu sedemikian rupa..Janganlah kamu terlalu mengharap cinta dariku biarpun ku tahu kamu ikhlas menyanyangiku,aku juga menyayangimu tidak lebih daripada sayang sahabat kepada sahabatnya..Maafkanku.......Tapi jangan bimbang aku sentiasa menghargaimu.......


Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri
Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Dibawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta
Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih
Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu;kamu;kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
di nanti ku……









Pahit Sekali!!!

   Saat pahit dalam hidupku dan amat bermakna bagi aku bila aku dimasukkan ke hospital.Cerita bermula begini.Satu hari aku rasa badan aku x selesa,mula2 tu seram sejuk,terasa lemah sangat badan aku.Hanya tuhan saja yang tahu betapa lemahnya aku pada masa tu.Umi pulak selalu berkata padaku "kakak ni memang lembik demam sikit cengengnya yang lebih".Aku terpaksa menggagahkan diri untuk bangun juga dan aku mesti kuatkan semangat.Umi pun hantar aku ke klinik.Mula2 tu doktor kata aku cuma demam biasa je...Dalam beberapa hari tu demam aku makin teruk.Aku pun pelik kenapalah x baik2 lagi...dah berapa hari dah aku x sekolah.Bapak aku pun risau sebab aku nak SPM ni.Esoknya aku kena pergi sekolah gak walaupun aku rasa badan aku lemah sangat..Umi kata kuatkan semangat.So aku pun cuba kuatkan semangat untuk ke sekolah.Semata-mata untuk SPM.Strive for SPM....Ketika dlm perjalanan ke sekolah sambil tu aku bisikkan dalam diriku agar kuat..Be strong Natrah...Allah always with you.Bila sampai je sekolah aku terpaksa duduk je dalam kelas...Ya Allah bantulah aku Ya Allah.Aku terpaksa suruh kawan aku call umi suruh ambil kat sekolah....Then aku pun terus g klinik..pas tu lak kat klinik aku kena ambil darah lak tu...Lepas ambil darah tu aku rasa lemah sangat macam nak rebah je..Tapi aku kuatkan diri dengan tenaga yang tinggal..Lusanya aku ke klinik lagi untuk mengambil darah nak check darah aku...Terkejut dan tersentak aku pabila doktor kata aku hanya tinggal 1% darah putih..Subhanaallah....Aku dimasukkan ke hospital..aku dibawa dengan menaiki ambulans sambil badanku dimasukkan air..Umi yang mengiringiku ke hospital...Dalam perjalanan ke sana aku sempat merenung Ya Allah ampuni dosaku...Kuatkanlah semangatku Ya Allah...
Sesampainya aku di hospital kelihatan ramai orang di sana..Mulanya aku dimasukkan ke wad kecemasan..Macam2 manusia yang aku jumpa ada yang nyawa2 ikan..Syukur ke hadrat Illahi aku masih diberi peluang lagi untuk bernafas dengan sempurna.Ya Allah..terima kasih Ya Allah.Setelah itu aku dimasukkan ke wad denggi sebab aku disyaki demam denggi tapi belum sah lagi sebab tiada simptom denggi xde pada aku cuma aku kurang platelet darah je.Tiba je kat wad denggi aku dibaringkan di katil no.17.Sedih rasanya aku sebab aku ditinggalkan seorang diri di hospital umi dengan ayah terpaksa balik rumah adik2 aku sape nak tengok..Paling yang aku x suka tiap2 kali kena suntik sebab nak check darah..Esoknya aku diberitahu oleh nurse yang merawat aku aku akan dimasukkan ke wad ICU selepas di X-RAY..Nurse kata just untuk pemantauan je..so ak rasa xde pape.Then aku beri msg kat umi aku ditukarkan ke wad ICU.Tak lama lepas tu panggilan daripada ayah dan menyakan aku samaada betul atau tidak aku dimasukkan ke sana.Sepertinya aku dapat merasakan suara ayah sebak...Namun ku cuba redakan ayah dengan mengatakan aku dimasukkan ke sana hanya untuk pemantauan.Aku dimasukkan ke wad ICU diusung dengan katil yang beroda...rasa gak aku pengalaman ni..rasa cam princess de gak...hahaha...lucu lak..Sampai je wad ICU Ya Allah sejuknya sebab aircond dia kuat.Dah le aku x tahan sejuk...Aku ditempatkan di suatu bilik khas hanya untukku..hahhah rasa VIP lak...Aku pun suruh nurse kat situ tutup aircond kat bilik aku tuu...menggigil aku dibuatnya..Masa kat wad ICU aku dijaga dengan rapi bak princess gitu...hehehehe....Ya Allah aku kat situ berselirat wayar ditubuhku.Yang jantungnya lain,tekanan darah lain dan nadi aku.Aku cuma mendengar detikan bunyi mesin yang ada kat situ..kadang2 tu ada bunyi cam game lak..Ya Allah doktor kat sana pun baik2 belaka...lembut je. Ada seorang doktor india ni lembut je dia suntik aku pun x kasar xde rasa sakit sangat pun.Walaupun dia lelaki dia lebih bagus darp doktor perempuan yang rawat aku kat wad denggi tu..
Tapi susah sikit ar aku kat situ.Nak ke tandas aku kene panggil nurse suruh cabut wayar yang ada ditubuhku.
Boleh kata 24 jam ar aku ditemani nurse.Tapi shift ar tukar2 orang.Semua dia yang uruskan bagi aku makan ubat,beri keperluanku....Selain itu,aku juga dapat merasakan betapa dalamnya cinta dan kasih sayang parents aku kat aku...Part ni lah yang sangat menyentuh hatiku.Pertama masa parents aku bawakkan makanan untuk aku kedua-duanya suapkan aku makan.Sampai berebut..Tidak terkata aku rasa nak mengalir air mata aku..Tapi aku tahan je..Sebab aku x nak umi dengan ayah rasa sedih dan susah hati.Kedua di saat umi dengan ayah pulang ke rumah meniggalkan aku sorang diri sebab masa tu  masa melawat dah tamat..Berat sungguh untukku melepaskan umi dengan ayah pulang ikutkan hati ingin saja biarkan mereka sentiasa di sisiku.Umi memberikanku seutas tasbih kepadaku agar ku sentiasa berzikir mengingati Allah agar ku sentiasa tenang menghadapi dugaanku.Kata-kata ini masuh terpahat di sanubariku "Tiada siapa yang boleh tolong kak hanya Allah saja yang dapat membantu".Kata-kata umi membuatkanku terharu dan tidak dapat ku menahan air mata ini mengalir akhirnya mengalir juga.Sungguh tidak dapat ku tahan rasa sebak di dada ini.Oh umi aku begitu sayang kepadamu.Sayang sangat-sangat..Segala nasihat umi semua kuturuti..aku makan, minum banyak2 agar dapat memulihkan tenaga aku.Tapi paling aku bercinta bila nak makan ubat ar...haish bab makan ubat ni paling aku lemah sebab dari dulu lagi ni aku ni penakut makan ubat..Terpaksa aku makan juga nak sihat kan..Aku pun pelik kenapa aku dimasukkan wad ICU,aku ingatkan pemantauan ni kejap je dalam beberapa minit je.Ni tidak 2 hari gak ar aku kat wad ICU..Rupa-rupanya kondisi aku dalam keadaan yang sangat kritikal sebabtu la aku dimasukkan ke wad ICU..Tekanan darah aku sangat rendah.Mula2 aku disyaki demam denggi tapi rupanya tak pun.Aku kekurangan darah rupanyaNyawa aku antara hidup atau mati.Berserah saja kepada tuhan.Alhamdullilah aku diberi kesempatan yang kedua untuk meneruskan hidup di bumi ini...Pelik gak aku cam mana boleh aku kurang darah...em..mungkin sebab aku x kuat makan kot tu yang jadi cam tu kot.So nak tambah darah tiap2 hari aku makan sup ketam yang dibuat oleh umi tersayang.Sedap sup ketam tu,hem terasa nak makan sup ketam la pulak hehehe....Lepas 2 hari aku kat wad ICU aku dikeluarkan masuk wad biasa semula.Hatiku berbunga riang sedikit sebab wad biasa x seteruk wad ICU.Tapi belum dapat keluar lagi la...Sebab aku masih kurang air dalam badan..Hahaha yang kelakarnya aku dapat doktor handsome...sempat gak menggedik aku ea...hehhehe...tapi xde le menggedik dengan doktor tu cuma menggedik dalam hati jer...Tapi x pe gak ar cepat sikit aku baik nanti..Selang beberapa hari tu aku dapat berita baik daripada doktor aku akan dikeluarkan dari hospital..Alhamdullilah....tak sabar rasanya aku nak balik rumah tanpa lengah lagi aku msg kat umi dengan ayah tentang berita baik..Sebenrnya kalu ikut betul2 aku belum boleh balik lagi sebab kondisi aku masih kurang stabil..Disebabkan takut aku dijangkiti  dengan penyakit lain lebih baik balik kata doktor la...Bahagia rasanya..Masa aku kat hospital boring gila,dah la sorang2.Kerja aku tidur dan makan sahaja...Aku dapat cuti sekolah selama 2 minggu.Doktor nasihatkan aku agar jaga makan,banyakkan minum air,makan ubat....
Inilah pengalaman hidupku tak pernah kulupakan hingga akhir hayatku...Banyak perkara yang penting telah aku pelajari.Bukan senang nak menjalani hidup ini, banyak onak dan durinya yang masih banyak belum ku lalui.Kadang2 tu aku rasa takut nak menghadapi dugaan hidup ini.Namun kugagahkan diriku bahawa Allah akan memberi dugaan kepada hambaNYA yang mampu dilalui oleh hambaNYA.Dan aku mesti tekad dan tabah.Oleh kerana itu,aku harap keputusan SPM aku nanti biarlah air mata kegembiraan bukan air mata kesedihan.Ya Allah kau bahagiakanlah hati umi dan ayahku dengan memberikanku keputusan yang cemerlang kepadaku Ya Allah.Senagkanlah hati mereka Ya Allah................Amin.......

Dengan itu lirik nasyid ini ku dedikasikan buat diriku sendiri

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar 

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 




                                            Ya Allah hanya padamu tempat ku mengadu....

Kenangan Terindah Bersama Sahabat

Satu-satunya kenangan terindah aku bersama sahabat aku masa kita orang g PUM kat JB...Sampai sekarang masih terpahat di sanubari ku...Susah senang kita lalui bersama..Bila teringat balik kelakar lak..ada yang wat hal masing2 ada yang emo lah...yang jakun pun ada...hahahahahakk...gila tul...Masa tu kitaorang menetap di Hotel Selesa.Memang selesa.3 star la katakan.Macam mana pun ianya tetap best gler!!Sayang sangat kat korang..muwwwah...



                                   Kitaorang berniaga kat dalam ni ar Persada Johor

                                                                   Gadis2 Cun

                                    Hai lambatnya nak tunggu makanan..Perut lapar ni...




Besar kan dewan dia...peringkat kebangsaan la katakan mesti ar gempak



                                        Amboi makan ABC mahal!!hahha
                                                    Di Hotel Selesa

                                       pabila Linda bersama cikgu Satarnya yang tersayang

                                                     Aku dan Linda di kamar hotel

                          sempat gak kami bergambar dengan pak we putih ni hehhe


                                               Ketika dalam perjalanan ke JB











             Sempat gak kita orang bergambar dengan pakwe putih ni



 Bersama ahli PUM dari P.pinang..heheh aku suka yang tengah2 tu cute kan hahaha

                                 Lawa gak gerai aku ni even very simple


                    Pabila kitaorang ngorat customer kita orang
           Bersama guru pebimbing kami En. Anuar Mat

      Nilah barang2 yang kita orang jual kat sana...Laris gak













             Bila tengok gula Melaka ni teringat kat si dia..rindunya