Friday, February 25, 2011

Papadom

   Hehehehttp://www.cute-smiley.com filem pertama yang paling ku kagumi..Filem yang mengisahkan betapa besarnya pengorbanan kasih sayang seorang ayah...Filem ni juga filem yang pertama membuatkanku mengalir air mataku..http://www.cute-smiley.comKebelakangan ini entah kenapa aku hauskan kasih seorang ayah..ku rasa ingin dibelai saat kecilku dulu,bukan kerana stelah ku menonton filem ini tapi dengan tidak sengaja filem ini ku tonton dan ianya sepadan dengan jiwaku buat masa ini yang rindukan belaian kasih sayang daripada seorang ayah..sehinggakan kekasihku sifat dan perwatakannya terdapat persamaan dengan ayah.Aku mengerti aku sudah besar panjang tapi aku rindukan saat itu,malangnya ayahku bukan begitu..mungkin kerana itu takdir menemukan aku dengan kekasihku yang mirip perwatakannya seperti ayahku.Sungguh benar Allah itu maha penyayang.Sentiasa berikan terbaik untuk hambaNYA.Sungguhpun ku tidak layak untuk bermanja bersama ayahku tersayang tetapi ku ada kekasihku yang bisa ku bermanja dengannya.Istimewa sungguh bagiku..dia juga ku anggap seperti seorang ayah,abang juga kekasihku.Sifat itu ada padanya dan sentiasa membuatku rasa benar-benar selesa walaupun sebenarnya tiada pertalian darah antara ku dengannya tapi ku rasa dia sebahagian daripada keluargaku.Aku sendiri tidak tahu mengapa wujud perasaan sebegini.heheehe manjanya aku ni, tapi inilah hakikat sebenar sikapku terpaksa ku sembunyikan daripada umi dan ayah kerana ku tahu bukan ku seorang anaknnya.Aku punyai ramai adik.Jadi tidak wajar jika ku menampakkan kemanjaanku..Tapi kini aku bersyukur kepada tuhan kerana ku milikki insan yang boleh ku bermanja..http://www.cute-smiley.com

shopping sekejap

Perfume idamanku akhirnya menjadi milikku
  Alhamdullilah, aku rasa syukur sangat hari ni sebab akhirnya tercapai juga aku  hajatku memilikki perfume yang agak lama ku idamkan.Walaupun ku hanya shopping di Fresco je tapi aku rasa gembira sebab dpat gak beli barang2 yang aku suka..Besh besh!!! hehee....http://www.cute-smiley.com

Monday, February 21, 2011

Bahagianya umi

 Alangkah riangnya hati bondaku apabila diumumkan bahawa kantin sekolahnya diumumkan sebagai kantin sekolah yang terbaik peringkat kebangsaan.sejurus sekolah beliau mewakili negeri Melaka yang merangkul gelaran juara peringkat kebangsaan.Senangnya hatiku pabila melihat bondaku tersenyum bahagia atas kejuaraan yang dimilikinya.Syukur ke hadrat Illahi kerana berikan kebahagiaan kepada bondaku.Mudah-mudahan kejuaraan yang dimilikinya penuh dengan keberkatan.Terima kasih Ya Allah kerana berikan nikmat bahagia ini kepada bondaku tercinta.Di saat ku melihat wajah suci bondaku riang gembira,aku sempat berfikir sejenak adakah aku bisa menggembirakan hati bondaku buat kali yang kedua dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM pada minggu hadapan di saat keputusan SPM diumumkan.Ku sangat berharap padamu Ya Allah agar kau berikanlah kebahagiaan untuk minggu hadapan kepada kedua-dua ibubapaku Ya Allah.sesungguhnya kejayaanku semata-mata hanya untuk kedua-dua ibu-bapaku.Sudah lama ku impikan tapi tidaklah pernah ku dapatkannya,tapi untuk kali ini Ya Allah berikanlah aku kesempatan ini..Kesempatan yang boleh membahagiakan mereka berdua yang sangat ku sayangi.Hari ini juga Ya Allah aku sangat berterima kasih kepadamu kerana hari ini juga aku berasa sangat bahagia dengan kekasihku kerana sangat ikhlas menyayangiku dan sentiasa mendorongku ke arah kebaikan.Aku amat bersyukur kepadamu Ya Allah kerana berikan aku sedikit kebahagiaan yang boleh ku rasa meskipun di saat ini aku terlalu bimbang akan keputusanku.Aku hanya bergantung harapan padamu Ya Allah..

Sunday, February 20, 2011

[HD‪MV] 少女時代 (SNSD) Hoot (훗) 日本語訳 [Japanese Sub]‬

Ceretera Adikku


Siti Nur Khaireen Suhaimi.Begitulah indahnya nama yang ditatahkan ke atas dirinya,juga sikapnya.Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan adik sepertinya yang bisa memahamiku dan menerima segala kerenahku selaku aku kakaknya walaupun kadangkala ada angin yang mendatang di antara kami berdua.Seramai 6 orang adik-beradikku inilah dia sebagai penawar dalam hidupku.Yang mana aku boleh berkongsi masalahku bersama dia,segala hal peribadiku telahku luahkan padanya kerana dia selalu menjadi pendengar yang setia.Aku juga berasa senang hati kerana dia boleh ku jadkan seseorang yang boleh ku percayai dalam keluarga,supaya apabila terjadi sesuatu pada diriku di luar jangkaanku akan ku sampaikan kepadanya dan sejurus itu setelahku tiada lagi bernafas bebas di alam fana ini segala kesengsaraanku dan luahan hatiku dapat diceritakan olehnya kepada ibubapaku yang tercinta.Beliau sedikit kurang sedikit sifat keperempuanan daripadaku.Malah dari segi penampilannya kesukaannya melambangkan dia lebih aktif daripadaku.Beliau lebih giat dalam bidang sukan dan sangat aktif berbeza dengan diriku yang lebih sukakan kesenian,keindahan dan kelembutan.Adakalanya anginnya datang tidak menentu segala barang yang ada di sekelilingnya akan dilemparkannya..hahahahttp://www.cute-smiley.com bahaya tuu..kadang2 tu takut dibuatnya,takut2 barang yang dilemparkannya terkena pada orang lain kan dah x memasal je..adush..hmmm...apapun dia tetap adikku..biasalah tu setiap manusia tiada yang sempurnanya.Ada kelebihan dan ada kekurangannya.Aku berharap agar hubungan mesra kami adik-beradik akan kekal selamanya walau mana kuatnya angin yang mendatang diharap akan kekal hingga akhir hayat.Bak kata pepatah "air yang dicencang tak akan putus"begitulah ibaratnya yang diharapkan.http://www.cute-smiley.com

Aku Kegilaan sedikit kerana dia

   Hari esoknya aku berniat untuk berpuasa.Masalah besar di sini aku takut2http://www.cute-smiley.com kalau aku x sedarkan diri,kunci jam tapi membuta balik.Ni yang aku meronta-ronta sangat nak call dia suh dia kejutkan aku.Tapi dia busy la keje,mesti penat kan..haha terus je aku dilanda kerinduan padahal aku dah hilang sikit dah perasaan tu..aku pun cuba mengetik punat di telefon bimbitku menelefonnya sengaja buat panggilan sementara,sejurus itu aku menghentikan panggilan dan tersedar bahawa aku akan mengeruhkan keadaan kerana menganggu dia.Tak memasal aku kene maki lak ngan dia nanti ganggu dia sedang dalam kesibukan..Hmmmm....terpaksa ku reda dan terus memanjat doa ke hadrat Illahi supaya aku tersedar untuk bangun sahur nanti.Setelah aku terlena untuk yang pertama kalinya aku termimpikan dirinya melihat fotoku bersama dia di dalam berbingkai indah terletak gah fotoku bersama dia..Hahahah... http://www.cute-smiley.com terasa indahnya aku di saat itu..tiada terkata.."kak bangun kak kata nak sahur,bangunlah"kejut adikku kepadaku..sekelip mata mimpi indah itu hilang buat selamanya..huhuhuhu...
http://www.cute-smiley.com

Thursday, February 17, 2011

28 Februari???

  Kecut perut dan sebak rasa di dadahttp://www.cute-smiley.com pabila mengatakan atau khabar angin yang mengatakan keputusan SPM akan diumumkan pada tarikh ini..Tarikh ini amat bersejarah bagiku kerana tarikh ini juga merupakan tarikh lahirnya aku ke dunia ini.Apakah aku akan terus hidup bernafas di bumi ini atau aku akan mengakhiri hidupku hanya setakat umurku mencapai 18 tahun.Aku berharap pada mu Ya Allah tolonglah beri aku peluang untuk menikmati impianku yang selama ini kuimpi-impikan tetapi belum pernah ku kecapinya.Aku mohon pada mu Ya Allah tolonglah beri aku peluang ini.Berilah aku sekelumit kebahagiaan untukku dan ibubapaku,kerana kebahagiaanku terletak pada kebahagiaan ibubapaku.Aku tidak sanggup untuk kali ini jika hanya mengecewakan mereka.Tolonglah Ya Allah nerikan kebahagiaan yang selama ini kuimpikan.Aku telah lakukan yang terbaik untuk menggapai impianku,kini aku hanya berserah padamu Ya Allah.Tiada dayaku untuk menolak segala takdir dan ketentuanmu kerana telah tertulis sejak azali lagi.Jadi ku ingin kau tunjukkanlah rasa kasihmu pada hambamu yang begitu penuh noda dosa-dosaku.Aku merayu padamu Ya Allah berikanlah apa yang kupohon ini,perkenankanlah segala permintaanku,dan setelah kau perkenankan doaku andai takdir hidupku hanya setakat 18 tahun.Aku terima ya Allah,walaupun ku tahu amalanku hanya senipis kulit bawang akan ku terima Ya Allah asalkan ku dapat membahagiakan hati ibubapaku..kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaanku.Mereka juga hartaku selama ku bernafas menghirup kurniaanmu selaku ku hambamu..Aku mohon padamu Ya Allah..Walauapapun aku sendiri harus yakin bahawa kali ini aku akan berjaya.Aku harus yakin,tanpa keyakinan diriku sendiri juga susah aku nanti.ye aku harus yakin.Aku boleh!!!http://www.cute-smiley.com