Siti Nur Khaireen Suhaimi.Begitulah indahnya nama yang ditatahkan ke atas dirinya,juga sikapnya.Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan adik sepertinya yang bisa memahamiku dan menerima segala kerenahku selaku aku kakaknya walaupun kadangkala ada angin yang mendatang di antara kami berdua.Seramai 6 orang adik-beradikku inilah dia sebagai penawar dalam hidupku.Yang mana aku boleh berkongsi masalahku bersama dia,segala hal peribadiku telahku luahkan padanya kerana dia selalu menjadi pendengar yang setia.Aku juga berasa senang hati kerana dia boleh ku jadkan seseorang yang boleh ku percayai dalam keluarga,supaya apabila terjadi sesuatu pada diriku di luar jangkaanku akan ku sampaikan kepadanya dan sejurus itu setelahku tiada lagi bernafas bebas di alam fana ini segala kesengsaraanku dan luahan hatiku dapat diceritakan olehnya kepada ibubapaku yang tercinta.Beliau sedikit kurang sedikit sifat keperempuanan daripadaku.Malah dari segi penampilannya kesukaannya melambangkan dia lebih aktif daripadaku.Beliau lebih giat dalam bidang sukan dan sangat aktif berbeza dengan diriku yang lebih sukakan kesenian,keindahan dan kelembutan.Adakalanya anginnya datang tidak menentu segala barang yang ada di sekelilingnya akan dilemparkannya..hahaha


No comments:
Post a Comment