Monday, February 21, 2011

Bahagianya umi

 Alangkah riangnya hati bondaku apabila diumumkan bahawa kantin sekolahnya diumumkan sebagai kantin sekolah yang terbaik peringkat kebangsaan.sejurus sekolah beliau mewakili negeri Melaka yang merangkul gelaran juara peringkat kebangsaan.Senangnya hatiku pabila melihat bondaku tersenyum bahagia atas kejuaraan yang dimilikinya.Syukur ke hadrat Illahi kerana berikan kebahagiaan kepada bondaku.Mudah-mudahan kejuaraan yang dimilikinya penuh dengan keberkatan.Terima kasih Ya Allah kerana berikan nikmat bahagia ini kepada bondaku tercinta.Di saat ku melihat wajah suci bondaku riang gembira,aku sempat berfikir sejenak adakah aku bisa menggembirakan hati bondaku buat kali yang kedua dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM pada minggu hadapan di saat keputusan SPM diumumkan.Ku sangat berharap padamu Ya Allah agar kau berikanlah kebahagiaan untuk minggu hadapan kepada kedua-dua ibubapaku Ya Allah.sesungguhnya kejayaanku semata-mata hanya untuk kedua-dua ibu-bapaku.Sudah lama ku impikan tapi tidaklah pernah ku dapatkannya,tapi untuk kali ini Ya Allah berikanlah aku kesempatan ini..Kesempatan yang boleh membahagiakan mereka berdua yang sangat ku sayangi.Hari ini juga Ya Allah aku sangat berterima kasih kepadamu kerana hari ini juga aku berasa sangat bahagia dengan kekasihku kerana sangat ikhlas menyayangiku dan sentiasa mendorongku ke arah kebaikan.Aku amat bersyukur kepadamu Ya Allah kerana berikan aku sedikit kebahagiaan yang boleh ku rasa meskipun di saat ini aku terlalu bimbang akan keputusanku.Aku hanya bergantung harapan padamu Ya Allah..

No comments:

Post a Comment