Friday, December 24, 2010

Pahit Sekali!!!

   Saat pahit dalam hidupku dan amat bermakna bagi aku bila aku dimasukkan ke hospital.Cerita bermula begini.Satu hari aku rasa badan aku x selesa,mula2 tu seram sejuk,terasa lemah sangat badan aku.Hanya tuhan saja yang tahu betapa lemahnya aku pada masa tu.Umi pulak selalu berkata padaku "kakak ni memang lembik demam sikit cengengnya yang lebih".Aku terpaksa menggagahkan diri untuk bangun juga dan aku mesti kuatkan semangat.Umi pun hantar aku ke klinik.Mula2 tu doktor kata aku cuma demam biasa je...Dalam beberapa hari tu demam aku makin teruk.Aku pun pelik kenapalah x baik2 lagi...dah berapa hari dah aku x sekolah.Bapak aku pun risau sebab aku nak SPM ni.Esoknya aku kena pergi sekolah gak walaupun aku rasa badan aku lemah sangat..Umi kata kuatkan semangat.So aku pun cuba kuatkan semangat untuk ke sekolah.Semata-mata untuk SPM.Strive for SPM....Ketika dlm perjalanan ke sekolah sambil tu aku bisikkan dalam diriku agar kuat..Be strong Natrah...Allah always with you.Bila sampai je sekolah aku terpaksa duduk je dalam kelas...Ya Allah bantulah aku Ya Allah.Aku terpaksa suruh kawan aku call umi suruh ambil kat sekolah....Then aku pun terus g klinik..pas tu lak kat klinik aku kena ambil darah lak tu...Lepas ambil darah tu aku rasa lemah sangat macam nak rebah je..Tapi aku kuatkan diri dengan tenaga yang tinggal..Lusanya aku ke klinik lagi untuk mengambil darah nak check darah aku...Terkejut dan tersentak aku pabila doktor kata aku hanya tinggal 1% darah putih..Subhanaallah....Aku dimasukkan ke hospital..aku dibawa dengan menaiki ambulans sambil badanku dimasukkan air..Umi yang mengiringiku ke hospital...Dalam perjalanan ke sana aku sempat merenung Ya Allah ampuni dosaku...Kuatkanlah semangatku Ya Allah...
Sesampainya aku di hospital kelihatan ramai orang di sana..Mulanya aku dimasukkan ke wad kecemasan..Macam2 manusia yang aku jumpa ada yang nyawa2 ikan..Syukur ke hadrat Illahi aku masih diberi peluang lagi untuk bernafas dengan sempurna.Ya Allah..terima kasih Ya Allah.Setelah itu aku dimasukkan ke wad denggi sebab aku disyaki demam denggi tapi belum sah lagi sebab tiada simptom denggi xde pada aku cuma aku kurang platelet darah je.Tiba je kat wad denggi aku dibaringkan di katil no.17.Sedih rasanya aku sebab aku ditinggalkan seorang diri di hospital umi dengan ayah terpaksa balik rumah adik2 aku sape nak tengok..Paling yang aku x suka tiap2 kali kena suntik sebab nak check darah..Esoknya aku diberitahu oleh nurse yang merawat aku aku akan dimasukkan ke wad ICU selepas di X-RAY..Nurse kata just untuk pemantauan je..so ak rasa xde pape.Then aku beri msg kat umi aku ditukarkan ke wad ICU.Tak lama lepas tu panggilan daripada ayah dan menyakan aku samaada betul atau tidak aku dimasukkan ke sana.Sepertinya aku dapat merasakan suara ayah sebak...Namun ku cuba redakan ayah dengan mengatakan aku dimasukkan ke sana hanya untuk pemantauan.Aku dimasukkan ke wad ICU diusung dengan katil yang beroda...rasa gak aku pengalaman ni..rasa cam princess de gak...hahaha...lucu lak..Sampai je wad ICU Ya Allah sejuknya sebab aircond dia kuat.Dah le aku x tahan sejuk...Aku ditempatkan di suatu bilik khas hanya untukku..hahhah rasa VIP lak...Aku pun suruh nurse kat situ tutup aircond kat bilik aku tuu...menggigil aku dibuatnya..Masa kat wad ICU aku dijaga dengan rapi bak princess gitu...hehehehe....Ya Allah aku kat situ berselirat wayar ditubuhku.Yang jantungnya lain,tekanan darah lain dan nadi aku.Aku cuma mendengar detikan bunyi mesin yang ada kat situ..kadang2 tu ada bunyi cam game lak..Ya Allah doktor kat sana pun baik2 belaka...lembut je. Ada seorang doktor india ni lembut je dia suntik aku pun x kasar xde rasa sakit sangat pun.Walaupun dia lelaki dia lebih bagus darp doktor perempuan yang rawat aku kat wad denggi tu..
Tapi susah sikit ar aku kat situ.Nak ke tandas aku kene panggil nurse suruh cabut wayar yang ada ditubuhku.
Boleh kata 24 jam ar aku ditemani nurse.Tapi shift ar tukar2 orang.Semua dia yang uruskan bagi aku makan ubat,beri keperluanku....Selain itu,aku juga dapat merasakan betapa dalamnya cinta dan kasih sayang parents aku kat aku...Part ni lah yang sangat menyentuh hatiku.Pertama masa parents aku bawakkan makanan untuk aku kedua-duanya suapkan aku makan.Sampai berebut..Tidak terkata aku rasa nak mengalir air mata aku..Tapi aku tahan je..Sebab aku x nak umi dengan ayah rasa sedih dan susah hati.Kedua di saat umi dengan ayah pulang ke rumah meniggalkan aku sorang diri sebab masa tu  masa melawat dah tamat..Berat sungguh untukku melepaskan umi dengan ayah pulang ikutkan hati ingin saja biarkan mereka sentiasa di sisiku.Umi memberikanku seutas tasbih kepadaku agar ku sentiasa berzikir mengingati Allah agar ku sentiasa tenang menghadapi dugaanku.Kata-kata ini masuh terpahat di sanubariku "Tiada siapa yang boleh tolong kak hanya Allah saja yang dapat membantu".Kata-kata umi membuatkanku terharu dan tidak dapat ku menahan air mata ini mengalir akhirnya mengalir juga.Sungguh tidak dapat ku tahan rasa sebak di dada ini.Oh umi aku begitu sayang kepadamu.Sayang sangat-sangat..Segala nasihat umi semua kuturuti..aku makan, minum banyak2 agar dapat memulihkan tenaga aku.Tapi paling aku bercinta bila nak makan ubat ar...haish bab makan ubat ni paling aku lemah sebab dari dulu lagi ni aku ni penakut makan ubat..Terpaksa aku makan juga nak sihat kan..Aku pun pelik kenapa aku dimasukkan wad ICU,aku ingatkan pemantauan ni kejap je dalam beberapa minit je.Ni tidak 2 hari gak ar aku kat wad ICU..Rupa-rupanya kondisi aku dalam keadaan yang sangat kritikal sebabtu la aku dimasukkan ke wad ICU..Tekanan darah aku sangat rendah.Mula2 aku disyaki demam denggi tapi rupanya tak pun.Aku kekurangan darah rupanyaNyawa aku antara hidup atau mati.Berserah saja kepada tuhan.Alhamdullilah aku diberi kesempatan yang kedua untuk meneruskan hidup di bumi ini...Pelik gak aku cam mana boleh aku kurang darah...em..mungkin sebab aku x kuat makan kot tu yang jadi cam tu kot.So nak tambah darah tiap2 hari aku makan sup ketam yang dibuat oleh umi tersayang.Sedap sup ketam tu,hem terasa nak makan sup ketam la pulak hehehe....Lepas 2 hari aku kat wad ICU aku dikeluarkan masuk wad biasa semula.Hatiku berbunga riang sedikit sebab wad biasa x seteruk wad ICU.Tapi belum dapat keluar lagi la...Sebab aku masih kurang air dalam badan..Hahaha yang kelakarnya aku dapat doktor handsome...sempat gak menggedik aku ea...hehhehe...tapi xde le menggedik dengan doktor tu cuma menggedik dalam hati jer...Tapi x pe gak ar cepat sikit aku baik nanti..Selang beberapa hari tu aku dapat berita baik daripada doktor aku akan dikeluarkan dari hospital..Alhamdullilah....tak sabar rasanya aku nak balik rumah tanpa lengah lagi aku msg kat umi dengan ayah tentang berita baik..Sebenrnya kalu ikut betul2 aku belum boleh balik lagi sebab kondisi aku masih kurang stabil..Disebabkan takut aku dijangkiti  dengan penyakit lain lebih baik balik kata doktor la...Bahagia rasanya..Masa aku kat hospital boring gila,dah la sorang2.Kerja aku tidur dan makan sahaja...Aku dapat cuti sekolah selama 2 minggu.Doktor nasihatkan aku agar jaga makan,banyakkan minum air,makan ubat....
Inilah pengalaman hidupku tak pernah kulupakan hingga akhir hayatku...Banyak perkara yang penting telah aku pelajari.Bukan senang nak menjalani hidup ini, banyak onak dan durinya yang masih banyak belum ku lalui.Kadang2 tu aku rasa takut nak menghadapi dugaan hidup ini.Namun kugagahkan diriku bahawa Allah akan memberi dugaan kepada hambaNYA yang mampu dilalui oleh hambaNYA.Dan aku mesti tekad dan tabah.Oleh kerana itu,aku harap keputusan SPM aku nanti biarlah air mata kegembiraan bukan air mata kesedihan.Ya Allah kau bahagiakanlah hati umi dan ayahku dengan memberikanku keputusan yang cemerlang kepadaku Ya Allah.Senagkanlah hati mereka Ya Allah................Amin.......

Dengan itu lirik nasyid ini ku dedikasikan buat diriku sendiri

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar 

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 




                                            Ya Allah hanya padamu tempat ku mengadu....

No comments:

Post a Comment