Sunday, January 23, 2011

sayang kamoo...

  Aku rasa bersyukur sangat sebab aku punyai semuanya,aku ada orang yang tersayang aku ada umi,ayah,adik-beradik,yang latest lak kekasih aku...hem..bab kekasih ni aku x carinya tapi ianya datang dgn sendiri...aku berterima kasih sangat kepada tuhan kerana kurniakan aku seorang kekasih yang ikhlas dan menyayangi aku...hem..bila cinta sedang berbunga semuanya indah belaka...tapi ianya tak selalu indah,ada pasang surutnya adakalanya ia menggembirakan dan adakalanya ia menyakitkan...lumrah hidup memang begitu,,jika tiada semua tu bukan hidup namanya..hahaha sekarang aku rasakan itu,semalam aku kene marah dengan bf aku...tersentap gak hati aku,drp tengah tngok tv trus ak dok dalam bilik baring2 tenangkan diri...lalu air mata setia membasahi pipiku...aku berfikir sejenak adakah aku yang salah,aku cuma ingin perhubungan ini terjaga daripada celaan kemaksiatan dan dari itu aku ambil langkah berjaga-jaga...hahaha tapi kejap je dia panas pasuh cool balik...haha tau pun merana nanti wat aku cam tuu...sayang tul dia kat aku...ke laki ni selagi dia lom dapat,boleh lakukan ape saja klu bak kata org tua2 lautan api sanggup ku renangi tapi bila dah dapat lautan parit pun x sanggup nak cecah kaki lagilaa jauh sekali....hem..kenapa aku selalu curiga dengan cinta yg dicurahkan pada aku...aku akan tetap dengan prinsip aku macam mana sayang aku kat dia,dalam mana cinta aku kat dia...aku akan tetap dengan prinsip aku percya pada lelaki hanya bberapa percent je...tapi aku sayang dia...aku juga x nak kehilangan dia..

Monday, January 17, 2011

Sekadar Catatan

  Semasa aku masih kecil, semasa aku masih di sekolah rendah kerapkali aku berdoa dan meminta ke hadrat Illahi Yang Maha Pengasih.Aku tidak tahu kenapa itu yang ku pinta daripada-Nya selalu.Malahan,ketika aku di sekolah menengah atas pun aku masih sering memanjatkan doa dengan maksud yang sama.Aku selalu bermohon dengan hati yang begitu luhur,penuh dengan harapan agar ia diperkenankan.
  Aku bermohon agar usiaku dipanjangkan setakat empat puluh tahun sahaja.Aku tidak mahu hidup lebih dari tempoh itu.Aku rela dipanggil kembali ke hadrat-Nya ketika aku masih muda...ketika aku masih belum begitu banyak menanggung dosa...ketika aku belum begitu kerap mengengkari perintah dan larangan-Nya.
  Logiknya,aku tidak mahu kiranya masa tuaku kelak akan turut membebankan mereka yang terpaksa menjagaku, menjaga sakit demamku,hatta perasaanku.
  Aku sedar,dalam usia selewat itu juga seorang lelaki akan mula beralih ke alam yang pelbagai,penuh dengan ranjaubdan tidak kurang pula dengan penyakitnya yang bakal menyusahkan orang lain dengan kerenahnya.Aku rela untuk kembali pada usia itu andainya Dia sudi menerima permohonan yang telah berkali-kali itu.Itu pun sekiranya ia adalah yang terbaik untukku.
  Seandainya ia benar-benar terjadi,aku berharap kepada yang tinggal di dunia yang fana ini agar merelakan pemergianku itu.Jangan ia ditangisi, kelak akan memedihkan rohku yang sedang bersemadi.
  Relakan pemergian ini dan jangan sekali-kali membayangkan yang aku akan kembali dengan rohku.Sesungguhnya , ketika itu kita telahpun di dua alam yang amat berlainan sama sekali.
  Relakan pemergian ini dan andainya sudi dan masih ingat  pada yang baik-baik tentang diriku,hadiahkanlah pahala daripada bacaan ayat-ayat suci dan doakan keampunan daripada Illahi ke atas rohku yang sudah tidak bermaya lagi.
  Relakan pemergian ini dan jangan kiranya memuliakan tempat persemadian jenazahku.Sesungguhnya,aku  tidaj berada di sana lagi,melainkan tulang dan rambutku yang telah tidak memberi apa-apa makna.
  Ketahuilah,aku rela dengan pemergian ini kerana dengannya aku berpeluang untuk segera berada di alam yang penuh damai tanpa sebarang dugaan dan hasutan kepura-puraan.Aku gembira sekali kerana dapat lebih awal kembali menemui tuhan kita semua.Ketahuilah,yang aku tidaklah segembira ini ketika berada di dunia yang penuh dengan pura-pura dan bencana,dunia yang sering melekakan kita hasil daripada ciptaan tangan kita semua.
  Cuma satu yang ingin ku beritahu, bahawa sejak lama aku telah terasa di dalam diriku telah tersimpan satu rahsia,sejenis penyakit yang aku sendiri tidak pasti.Aku takut untuk menemui doktor buat mengesahkannya kerana sesungguhnya aku tidak akan berasa enak berada di klinik dan seterusnya menerima rawatan.
  Aku pun tidak mahu tahu jenisnya kerana aku tidak mahu nanti dipaksa untuk dirawat,sedangkan sepatutnya aku bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan yang Maha Esa.lagi pun,peyakit tersebut tidak pula pernah menyusahkan aku,jadi aku rasa lebih elok ia dibiarkan aman di dalam tubuh badanku.
  Seandainya terjadi,aku mohon keampunan daripada semua di atas kenakalan kata-kata, tingkah laku yang tidak menyenangkan yang telah aku hamparkan di depan matamu semua.Mana yang termakan, aku mohon dihalalkan dan mana-mana yang terhutang,ambillah sebarang tinggalanku sebagai imbalnnya.
 Jangan ditangisi pemergian ini kerana sesungguhnya aku gembira sekali dengan kejadian ini.Seandainya kita terdiri daripada kalangan yang baik-baik,maka kita bakal dapat bertemu di akhirat nanti,kalau diizinkan.Aku pun tidak fikir juga kerana ketika itu masing-masing sudah terlalu sibuk dengan hal dan urusan sendiri memuji-memuji kebesaran dan terpukau aoleh keindahan Nur Allah S.W.T yang telah diperlihatkan Nya.
  Dari itu ingatlah kepada harapan Allah S.W.T terhadap kita semua.
   "Tidak kujadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembahKu semata-mata".




Begitu juga dengan pesanan Nabi Allah Ibrahim a.s kepada anak cucunya."Bahawa Allah S.W.T telah memilih Islam sebagai agamamu,oleh itu janganlah kamu mati melainkan sebagai seorang muslim".


Hotel Phoenix,Singapura,
Disember 25

Sunday, January 9, 2011

Love is blind


Salahkah bila aku mencintaimu
Dan berharap engkau ‘kan jadi milikku
Walau banyak yang bilang kau tak pantas untukku

*
Sayang ku mohon jangan tolak cintaku
Jiwa ragaku ini hanya untukkmu
Aku rela berkorban demi cintamu itu
**
Biarlah orang berkata apa
Manusia tiada yang sempurna
Ku terima kau apa adanya
Yang penting aku bahagia
Kembali ke * **
Kembali ke **
Manusia tiada yang sempurna
Ku terima kau apa adanya
Yang penting aku bahagia
Sayang.. cinta itu buta
 Perkara yang nak aku kongsikan kat sini adalah,kini ku mengerti bahawa cinta itu buta...Sebab apa??sebab aku dah laluinya...hahaha kelakar tul cerita aku ni..mula2 aku susah gak nak terima dia,em sebab tau2 je la kan..Rupa-rupanya he's my true love....cinta manusia x pernah ku cari,tapi nak wat cam ne ianya datang sendiri,aku x pernah undang cinta tu menjemputku..tapi akhirnya ianya datang sendiri..mulanya aku semahu-mahunya menolak..tapi sayang aku bukanlah sesiapa yang bisa menolak cinta yang datang dari tuhan...akhirnya aku terima gak...rasa bahagia lak..terima kasih Ya Allah kerana berikan aku kebahagiaan ini...