Thursday, February 17, 2011

28 Februari???

  Kecut perut dan sebak rasa di dadahttp://www.cute-smiley.com pabila mengatakan atau khabar angin yang mengatakan keputusan SPM akan diumumkan pada tarikh ini..Tarikh ini amat bersejarah bagiku kerana tarikh ini juga merupakan tarikh lahirnya aku ke dunia ini.Apakah aku akan terus hidup bernafas di bumi ini atau aku akan mengakhiri hidupku hanya setakat umurku mencapai 18 tahun.Aku berharap pada mu Ya Allah tolonglah beri aku peluang untuk menikmati impianku yang selama ini kuimpi-impikan tetapi belum pernah ku kecapinya.Aku mohon pada mu Ya Allah tolonglah beri aku peluang ini.Berilah aku sekelumit kebahagiaan untukku dan ibubapaku,kerana kebahagiaanku terletak pada kebahagiaan ibubapaku.Aku tidak sanggup untuk kali ini jika hanya mengecewakan mereka.Tolonglah Ya Allah nerikan kebahagiaan yang selama ini kuimpikan.Aku telah lakukan yang terbaik untuk menggapai impianku,kini aku hanya berserah padamu Ya Allah.Tiada dayaku untuk menolak segala takdir dan ketentuanmu kerana telah tertulis sejak azali lagi.Jadi ku ingin kau tunjukkanlah rasa kasihmu pada hambamu yang begitu penuh noda dosa-dosaku.Aku merayu padamu Ya Allah berikanlah apa yang kupohon ini,perkenankanlah segala permintaanku,dan setelah kau perkenankan doaku andai takdir hidupku hanya setakat 18 tahun.Aku terima ya Allah,walaupun ku tahu amalanku hanya senipis kulit bawang akan ku terima Ya Allah asalkan ku dapat membahagiakan hati ibubapaku..kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaanku.Mereka juga hartaku selama ku bernafas menghirup kurniaanmu selaku ku hambamu..Aku mohon padamu Ya Allah..Walauapapun aku sendiri harus yakin bahawa kali ini aku akan berjaya.Aku harus yakin,tanpa keyakinan diriku sendiri juga susah aku nanti.ye aku harus yakin.Aku boleh!!!http://www.cute-smiley.com

No comments:

Post a Comment